Bidang Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik PTD

TUGAS PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK (PTD). Ketahui bidang tugas Pegawai Tadbir Diplomatik yang perlu anda faham dan tahu.

Gambar Hiasan

Berikut kami kongsikan 8 bidang tugas utama sebagai PTD. Antaranya:

  1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
  2. Pengurusan Kewangan,
  3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
  4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
  5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
  6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
  7. Pengurusan Ekonomi dan
  8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.

Calon PTD wajib faham bidang tugas Pegawai Tadbir Diplomatik ini dan seeloknya hafal – mana tahu terselit 2-3 soalan dalam peperiksaan nanti.


PROSES PENGAMBILAN PTD

Proses pengambilan PTD pada tahun ini sedikit berbeza daripada tahun sebelumnya.

Jika sebelum ini, calon yang lulus peperiksaan bertulis PTD akan menghadiri PAC bagi ujian fizikal dan sebagainya. Namun, tiada PAC bagi tahun ini.

Maka, mana-mana calon yang lulus exam PTD 2014 akan terus dipanggil menghadiri temuduga, kemudiannya direkrut sebagai kadet PTD selama setahun.

Jadi, fokus utama anda sekarang adalah untuk lulus peperiksaan online PTD.

KERJAYA SEBAGAI PTD

Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik merupakan jawatan dalam perkhidmatan awam yang menjadi buruan graduan baru.

Ada beberapa faktor yang menjadikan kerjaya sebagai PTD ini menarik. Antaranya:

Kenaikan pangkat bagi PTD lebih cepat berbanding jawatan perkhidmatan awam yang lain.
Gaji PTD juga lebih tinggi jika dibandingkan jawatan lain

Jika anda memilih untuk sampai ke puncak dalam perkhidmatan awam, maka PTD adalah laluan yang tepat

Antara kelebihan lain menjadi PTD ialah:


  • Elaun perumahan
  • Cost of living allowance (COLA)
  • Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
  • Kenaikan gaji setiap tahun
  • Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
  • Cuti tahunan mengikut kelayakan
  • Cuti bersalin
  • Pinjaman perumahan
  • Caruman KWSP atau pencen
  • Bersara pada umur 58 tahun
  • Peluang kenaikan pangkat
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
  • Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Jangan lupa daftar emel anda di bawah untuk terima update terkini tentang peperiksaan online PTD 2017/2018.

Daftar di sini >> http://eepurl.com/cM-twv

Join Channel Telegram >> Rujukan PTD 2017
Beli Terus Rujukan PTD 2017 >> Saya Nak Beli Rujukan PTD 2017




Previous
Next Post »